Penerangan Pulai lilin

Alstonia scholaris adalah pokok tidak berbulu dan tumbuh melebihi 40 m (130 ka) tinggi. Kulit kayu matangnya keabuan dan dahannya yang muda banyak berliang gabus.

Sisi atas daunnya berkilat, sedangkan sisi bawahnya keabuan.[5] Tiga ke sepuluh daunnya ditemukan dalam pusaran; tangkai daun 1–3 cm (0.39–1.18 in); daun kerasnya hampir-hampir bujur telur songsang (obovate) hingga nyaris-nyaris sesudip (spathulate); pangkal bebaji (cuneate), hujung selalunya bulat; urat sisi ditemukan dalam 25 ke 50 pasang, pada sudut 80-90° urat tengah.

Payung tambahan (cyme) padat dan bermiang; tangkai induk 4–7 cm (1.6–2.8 in) panjang. Tangkai kecil selalunya sama panjang atau lebih pendek berbanding salut bunga. Sari bunganya putih dan bak tabung, 6–10 mm (0.24–0.39 in); cuping umumnya bujur telur atau bujur telur songsang, 2–4.5 mm (0.079–0.177 in), bertindih ke kiri. Bakal buahnya turut berlainan dan bermiang sedangkan buah bengang sebelahnya pula berlainan dan lurus.

Bunga mekar pada bulan Oktober. Bunganya sungguh harum menyamai bunga Cestrum nocturnum. Benih A. scholaris lonjong dengan birai berbulu, dan berhujung jambak rerambut 1.5–2 cm (0.59–0.79 in).[6] Kulit kayunya hampir tak berbau dan sangat pahit, dengan kepahitan melampau dan getah bersusu.